title

Definisi Residu

Residu Racun Makhluk Perosak (RMP) adalah RMP yang tertinggal dalam tanaman makanan akibat penggunaan RMP untuk mengawal perosak tanaman.

Bagaimana Residu Racun Perosak Dalam Makanan Dikawal?

Residu RMP dalam tanaman makanan dikawal melalui penggunaan RMP secara berhemah sebagaimana syor dalam label dan pemantauan hasil tanaman berpandukan nilai Had Maksimum Residu / Maximum Residue Limit (MRL) RMP.

Apakah Itu MRL?

  1. Nilai maksimum residu RMP yang dibenarkan terdapat dalam tanaman makanan akibat penggunaan RMP tersebut berdasarkan Amalan Pertanian Baik (APB).
  2. Dinyatakan dalam unit mg/kg.
  3. Penetapan adalah secara saintifik berdasarkan data kajian residu hasil penggunaan RMP yang dijalankan ke atas tanaman yang berkenaan.
  4. Spesifik untuk setiap kombinasi RMP dan tanaman.

Kenapa MRL Perlu Diwujudkan?

  1. Memastikan RMP digunakan adalah secara berhemah berdasarkan APB.
  2. Melindungi kesihatan pengguna.
  3. Membantu penguatkuasaan undang-undang berkaitan keselamatan makanan.
  4. Memudahkan proses perdagangan domestik dan antarabangsa

Bagaimana MRL Diwujudkan?

  1. Berdasarkan kajian residu RMP pada tanaman yang mengambil kira kadar bancuhan, kekerapan dan teknik semburan serta sistem penanaman seperti tanaman terbuka, fertigasi, kalis hujan dan lain-lain.
  2. Ditetapkan pada tempoh dilarang mengutip hasil / pre harverst interval (PHI) yang bersesuaian.
  3. Memenuhi penilaian risiko keselamatan makanan terhadap pemakanan manusia.

Bagaimana MRL Dipantau?

Berdasarkan analisis residu RMP ke atas hasil pertanian yang dijalankan di makmal. Sampel hasil pertanian yang dihantar ke makmal adalah yang telah sedia untuk dipasarkan.

Bagi Program Pemantauan Residu RMP Dalam Hasil Pertanian Jabatan Pertanian, program persijilan myGAP dan program persijilan myOrganik sektor tanaman, pengambilan sampel di ladang adalah secara rawak dan mengikut amalan aktiviti pasca tuai seperti basuh, rendam, waxing dan lain-lain di ladang tersebut. Pelaksanaan program ini adalah berdasarkan Buku Panduan Pelaksanaan Program Pemantauan Residu RMP Dalam Hasil Pertanian.

Apakah Perundangan Berkaitan MRL?

  1. Penguatkuasaan MRL RMP dalam hasil pertanian dikawal di bawah Akta Makanan 1983 yang dikuatkuasakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Secara khususnya, nilai MRL RMP yang dibenarkan bagi setiap tanaman tersenarai di bawah Jadual 16, Peraturan 41, Peraturan-Peraturan Makanan 1985, Akta Makanan 1983.
  2. Peraturan-Peraturan Makanan 1985, Akta Makanan 1983
    Peraturan 41. Residu racun perosak
    Subperaturan (2) “Tiada seorang pun boleh mendedahkan, menyebabkan atau membenarkan supaya didedahkan, apa-apa makanan, tidak termasuk air semasa menyedia, menstor, membungkus, menyerahhantar, mengimport atau mendedahkan untuk jualan kepada apa-apa racun perosak jika pendedahan itu akan mengakibatkan residu pada atau dalam makanan itu dalam amaun yang lebih tinggi daripada amaun yang dinyatakan dalam Jadual Ke Enambelas.”
  3. Pematuhan MRL
    • Jabatan Pertanian berperanan memberi khidmat pengembangan RMP kepada petani secara berterusan.
    • Penguatkuasaan oleh KKM bagi hasil pertanian di pasaran tempatan dan kawalan import dilaksanakan berdasarkan Akta Makanan 1983 dengan mengambil sampel pertanian di ladang, tempat jualan dan pintu utama negara. Sekiranya residu RMP melebihi paras yang ditetapkan, komoditi-komoditi terlibat akan dimusnahkan dan pemilik boleh didakwa serta dikenakan penalti di bawah Akta Makanan 1983.
  4. Penalti

Peraturan 397 Subperaturan (2) “Mana-mana orang yang melakukan suatu kesalahan terhadap Peraturan-Peraturan ini yang mana tiada apa-apa penalti diperuntukkan oleh Akta apabila disabitkan boleh dikenakan denda tidak lebih daripada lima ribu ringgit (RM5,000) ATAU penjara selama tempoh tidak lebih daripada dua tahun.”

Bagaimana Menangani Masalah Residu Melebihi Paras MRL

RMP perlu digunakan secara berhemah. Lakukan semburan hanya apabila serangan perosak melebihi Tahap Ambang Tindakan (ATL).

Perkara-perkara asas perlu diambil kira :

  1. Racun perosak berkualiti dan berdaftar dengan LRMP
  2. Kenalpasti sasaran (perosak atau penyakit)
  3. Racun perosak yang betul
    • Pilih racun yang bersifat selektif terhadap spesis yang hendak dikawal
    • Pilih formulasi RMP dengan alat penyembur bersesuaian
    • Pilih RMP yang tidak memudaratkan organisma bukan sasar/berfaedah dan musuh semulajadi (MSJ)
    • Pilih RMP yang paling selamat kepada manusia dan binatang ternakan
    • Jika semburan perlu dibuat berulang kali, selang seli dengan racun perosak yang mempunyai cara tindakan yang berbeza bagi mengurangkan kesan kerintangan.
  4. Kadar/ dos yang betul
  5. Patuhi PHI untuk mengurangkan kesan residu
  6. Alat penyembur yang betul (jenis alat penyembur dan nozel)
  7. Masa penggunaan / semburan yang betul
    • Peringkat kitaran hidup perosak
    • Peringkat tumbesaran tanaman
    • Peringkat tumbesaran musuh semulajadi
    • Tahap kerosakan atau serangan (ATL)
    • Keadaan cuaca
  8. Liputan semburan yang maksimum

 

Jawatankuasa Ahli Kumpulan Penetapan Had Maksimum Residu (MRL) Racun Perosak 

dalam Komoditi Pertanian

 

Pengerusi : Berdasarkan pelantikan oleh ahli mesyuarat yang hadir

Setiausaha :

Unit Residu

Seksyen Penilaian Teknikal

Bahagian Kawalan Racun Perosak

Jabatan Pertanian


Ahli – ahli :

i) Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), Kementerian Kesihatan Malaysia

a) En. Badruzzaman Bin Abdul Rahim

b) Puan Shazlina Binti Mohd Zaini

c) Puan Rodiyah Binti Mohamed 

ii) Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), Kementerian Kesihatan Malaysia

Dr. Nurul Izzah Binti Ahmad

iii) Lembaga Lada Malaysia (MPB), Kementerian Perladangan dan Komoditi

En Zehnder Jarroop

iv) Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Kementerian Perladangan dan Komoditi

Puan Norizah Binti Halim

v) Lembaga Koko Malaysia,Kementerian Perladangan dan Komoditi

Dr Badrul Hisyam Zainudin

vi)Jabatan Kimia, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi

En. Mohamad Hanif Bin Omar

vii) Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (MARDI), Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

Dr. Ngan Chai Keong

viii) Jabatan Perkhidmatan Veterinar , Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

Puan Lily Suhaida Binti Mohd Sojak

ix) Bahagian Perkhidmatan Makmal, Jabatan Pertanian Malaysia

Puan Nor Hasimah Binti Haron

x) Bahagian Biosekuriti Tumbuhan, Jabatan Pertanian Malaysia

Cik Lailatul Jumaiyah Binti Saleh Huddin

xi) Bahagian Pembangunan Industri Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia

En. Mustafa Bin Jabar

xii) Bahagian Kawalan Racun Perosak dan Baja, Jabatan Pertanian Malaysia

a) Ts. Mohd Nazrul Fahmi Bin Abdul Rahim

b) Puan Hida'a Binti Agil

c) En Mohd Redzuan Bin Ibrahim

d) En Mohd Azlan bin Abu Bakar

e) En Adam Bin Supu

Urusetia : 

f) Puan Nurhayati Binti Kamyon

g) Puan Vajidah Binti Sunoto@Hj Faisal